Salam,
Amalan-amalan umat Islam kini sebenarnya banyak yang terpesong dari ajaran yang sebenarnya. Namun mereka masih mengamalkan kerana menganggap amalan tersebut disuruh oleh Tuhan walhal sebaliknya. Amalan-amalan ini sebenarnya diambil dari kitab Bibble. Inilah pembohongan terbesar ulamak-ulamak terdahulu dengan mengatakan ini terbit daripada hadis Nabi. Antara amalan sesat dalam Islam yang diamalkan kini dan menjadi ikutan semua ialah:
1.Memakai tudung bagi perempuan.
2.khatan bagi lelaki.
3.hukuman melempar batu sehingga mati untuk zina.
4.hukuman melempar batu sehingga mati untuk murtad.
5.menyimpan janggut untuk lelaki.
6.pengharaman ke atas banyak daripada makanan.
7.kepercayaan menggantung tulisan-tulisan suci di dinding.
8.kepercayaan bahawa perempuan dicipta daripada lelaki.
9.pungutan zakat.
10.hukum melarang imej yang terukir seperti patung, ukiran dan lain-lain yang melambangkan bentuk mausia dan haiwan hidup.
11.hukum agama bahawa rohani perempuan dalam haid adalah kotor.
12.sebutan restu "Amin" yang menjadi ritual di masjid-masjid.
13.konsep "aqidah" sebagai iman.
14.korban haiwan "aqiqah" untuk kelahiran anak-anak.
15.perayaan Aidilfitri setelah tamat Ramadan.
Kepercayaan-kepercayaan ini tidak terdapat di mana-mana surah atau ayat dalam Quran, akan tetapi ajaran-ajaran ini dapat dijumpai di dalam Bible.
Pemakaian Tudung
Pemakaian tudung kepala bagi wanita adalah bukan sebahagian daripada ajaran Nabi dan tidak didapati di dalam al-Quran. Ia adalah suatu kepercayaan dan amalan yang diambil oleh sarjana-sarjana Islam yang awal daripada kitab Bible Kristian.Pemakaian tudung kepala bagi wanita adalah daripada kitab Bible, 1 Korintus, Bab 11:
[1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menhina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.
[1 Kor 11:6] Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.
[1 Kor 11:10] Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.
[1 Kor 11:13] Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?
Maka perintah untuk wanita supaya menutup kepala mereka adalah daripada Bible. Kepercayaan ini telah meresap ke dalam kepercayaan Islam dan sekarang menjadi perkara yang mesti dalam amalan Islam hari ini.
Berkhatan
Orang-orang Islam sunni dan syiah percaya bahawa berkhatan adalah sebahagian daripada kepercayaan mereka dan mengamalkan pengkhatanan dengan seluasnya. Yang benar adalah Tuhan dan Nabi tidak pernah suruh mengkhatan sesiapa jua. Tuhan menyatakan iaitu Dia telah mencipta manusia dengan bentuk yang amat baik:
[Quran : Surah 40:64] "Allah yang membuatkan untuk kamu, bumi, sebuah tempat yang tetap, dan langit, bangunan; dan Dia membentuk kamu, dan membentuk kamu dengan (amat) baik, dan merezekikan kamu dengan benda-benda yang baik. Demikian itulah Allah, Pemelihara kamu, maka berkatnya Allah, Pemelihara semua alam."
Sesungguhnya Tuhan telah mencipta kita dengan sempurna - termasuk kulit khatan pada lelaki. Adalah tidak perlu bagi manusia untuk membaiki lagi ciptaan Tuhan - walaupun sebagai pilihan atau satu penggunaan dalam kuasa memilih.Tetapi dari mana datang kepercayaan Islam pada khatan? Sekali lagi jawapannya terletak di dalam Bible. Perjanjian Penyunatan di dalam Bible menyatakan:
[Kej 17:14] Dan orang yang tidak disunat, yakni laki-laki yang tidak dikerat kulit khatannya, maka orang itu harus dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya: ia telah mengingkari perjanjian-Ku.
[Kej 17:24] Abraham berumur sembilan puluh sembilan tahun ketika dikerat kulit khatannya.
Inilah Perjanjian Penyunatan. Ajaran berkhatan tidak didapati langsung di dalam al-Quran, justeru tidak menjadi sebahagian daripada ajaran Nabi.
Berzina
Kes-kes melempar batu ke atas perempuan sehingga mati kerana zina akhir-akhir ini di Afghanistan, Pakistan dan Nigeria adalah undang-undang bukan daripada al-Quran. Tuhan dan Nabi tidak pernah ajar orang-orang Islam melempar batu sehingga mati kepada sesiapa sebagai sebahagian daripada Undang-Undang Syariah. Perkataan Undang-Undang Syariah tidak pun disebut di dalam al-Quran. Sebenarnya undang-undang melempar batu sehingga mati sebagai hukuman bagi zina dipetik daripada Bible. Ia tidak terdapat di dalam al-Quran dan tidak menjadi sebahagian daripada ajaran Nabi.
Bible menyatakan dengan jelas:
[Ul 22:20-21] Tetapi jika tuduhan itu benar dan tidak didapati tanda-tanda keperawanan pada si gadis, maka haruslah si gadis dibawa ke luar ke depan pintu rumah ayahnya, dan orang-orang sekotanya haruslah melepari dia dengan batu, sehingga mati - sebab dia telah menodai orang Israel dengan bersundal di rumah ayahnya. Demikianlah harus kau hapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.
Ini adalah juga Undang-Undang Syariah orang-orang Islam hari ini.
[Ul 22:22] Apabila seseorang kedapatan tidur dengan seorang perempuan yang bersuami, maka haruslah keduanya dibunuh mati: laki-laki yang telah tidur dengan perempuan itu dan perempuan itu juga. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari antara orang Israel.
[Ul 22:23-24] Apabila ada seorang gadis yang masih perawan dan yang sudah bertunangan - jika seorang laki-laki bertemu dengan dia di kota dan tidur dengan dia, maka haruslah mereka keduanya kamu bawa ke luar ke pintu gerbang kota dan kamu lempari dengan batu, sehingga mati: gadis itu, karena walaupun di kota, ia tidak berteriak-teriak, dan laki-laki itu, karena ia telah memperkosa isteri sesamanya manusia. Demikianlah harus kau hapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.
Maka undang-undang melempar batu ke atas manusia sehingga mati adalah menurut Bible yang telah diterima oleh orang-orang Islam.
[Im 20:10] Bila seorang laki-laki berzinah dengan isteri orang lain, yakni berzina dengan isteri sesamanya manusia, pastilah keduanya dihukum mati, baik laki-laki maupun perempuan yang berzinah itu.
Ini adalah daripada Bible juga.
Bagaimana pula dengan Quran? Quran ada menjelaskan tentang hukuman kepada penzina.
[Quran,24:2] Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.
Menyimpan Janggut
Menyimpan janggut untuk lelaki juga diambil daripada Bible Kristian.
Imamat 19
27 Janganlah kamu mencukur tepi rambut kepalamu berkeliling dan janganlah engkau merusakkan tepi janggutmu.
Imamat 21
5 Janganlah mereka menggundul sebagian kepalanya, dan janganlah mereka mencukur tepi janggutnya, dan janganlah mereka menggoresi kulit tubuhnya
Oleh itu, golongan Taliban tidak mengada-adakan sesuatu yang baru apabila mereka mendesak kaum lelaki supaya berjanggut. Ajaran seperti itu didapati di dalam Bible Kristian.
Saya tidak tahu adakah amalan kita selama ini salah atau sebaliknya. Namun Quran ada menyatakan:[Quran 2:120] Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu mengikuti anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.
Sama-sama kita fikirkan.
Bersambung...
Rabu, 2 Disember 2009
Langgan:
Catatan (Atom)